JOHOR BAHARU 10 Jun - Kira-Kira 30,000 rakyat Johor pelbagai kaum
dan agama berhimpun secara aman di pekarangan Istana Pasir Pelangi bagi
menyatakan sokongan dan taat setia kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim
ibni Almarhum Sultan Iskandar.
Mereka membawa pelbagai sepanduk dan mula berhimpun sejak 10 pagi
tadi di Sangkar Kristal, Taman Pelangi sebelum berarak sejauh satu
kilometer ke Istana Pasir Pelangi, yang merupakan kediaman rasmi Sultan
Johor pada 2 petang.
Sultan Johor turut berangkat ke Himpunan Menjunjung Kasih dan Taat
Setia Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Johor itu, yang dianjurkan
Majlis Penyelaras Gabungan NGO Melayu Negeri Johor (Gabung).
Suasana di pekarangan istana yang penuh sesak bertukar menjadi
emosional apabila baginda tiba-tiba menjadi sebak dan menitiskan air
mata ketika menyampaikan ucapan ringkas kepada hadirin.
"Saya tidak akan melupakan hari yang amat bersejarah seperti hari
ini," kata baginda sambil mengesatkan air mata dan laungan “Daulat
Tuanku" rakyat yang menghadiri perhimpunan itu terus berkumandang. -
BERNAMA.
/hwa: utusan.com.my | 10/6/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan