PULAU PINANG 5 Jun - Pas harus membuktikan kemampuan membela nasib
orang Melayu dan Islam terlebih dahulu sekiranya berhasrat untuk
menggantikan UMNO di negara ini.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz
Mahathir berkata, perkara tersebut perlu dibuktikan segera memandangkan
sehingga kini, ia kelihatan gagal.
"Jika Pas boleh membuktikan mereka mampu membela nasib orang Melayu
di Pulau Pinang, baru mereka boleh menyasarkan niat sedemikian untuk
menggantikan UMNO," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri majlis santai di Universiti Sains Malaysia (USM), di sini malam tadi.
Mukhriz yang juga Ahli Parlimen Jerlun memberitahu, setakat ini
beliau tidak nampak Pas boleh mencapai sasaran itu kerana sokongan orang
Melayu terhadap UMNO masih kuat.
Malah tidak seperti Pas, katanya, UMNO tidak pernah mengabaikan
kebajikan rakyat di Kedah walaupun parti itu kini merupakan parti
pembangkang di negeri tersebut.
"Keyakinan itu datang daripada usaha kita sendiri bagi mendekati dan
berkhidmat untuk rakyat. Yang penting, kita mudah didekati dan mampu
selesaikan masalah. Ini berbeza dengan Pas.
"Pas bukan sahaja gagal menyelesaikan masalah rakyat tetapi menambahkan masalah," katanya.
/hwa: utusan.com.my | 6/6/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan