PUTRAJAYA, 28 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun
Razak berkata penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd di Bursa
Malaysia Khamis mampu menjana kekayaan yang bakal diagihkan kepada lebih
112,000 peneroka Felda.
Beliau berkata Felda Global Ventures, pengendali ladang kelapa sawit
ketiga terbesar dunia, telah mencatatkan penyenaraian bersejarah di
Bursa Malaysia hari ini dengan tawaran awam permulaan (IPO) kedua
terbesar tahun ini selepas Facebook Inc.
"Ini disebabkan kita ada idea dan mampu menjana kekayaan agar boleh mengagihkan ini kepada peneroka-peneroka Felda yang senyum semacam kerana dapat durian runtuh.
"Ini disebabkan kita ada idea dan mampu menjana kekayaan agar boleh mengagihkan ini kepada peneroka-peneroka Felda yang senyum semacam kerana dapat durian runtuh.
"Ini bukan peruntukan daripada kerajaan tetapi sebaliknya kita
menjanakan kekayaan yang kemudian dapat diagihkan kepada semua
peneroka," kata beliau pada majlis Sembang Petang Perdana Menteri
bersama para Profesor dan Profesor Madya institut pendidikan tinggi awam
di Seri Perdana di sini hari ini.
FGH mengakhiri dagangan pada paras kukuh dengan harga RM5.30 sesaham
hari ini selepas muncul hebat dalam dagangan sulungnya di Bursa Malaysia
pada harga RM5.39, apabila ia mencatatkan premium sebanyak 84 sen
berbanding harga tawarannya, RM4.55.
Peniaga-peniaga berkata penutupan dagangan FGV pada RM5.30, dengan premium 75 sen dan 2.615 juta lot bertukar tangan, adalah di luar jangkaan.
Peniaga-peniaga berkata penutupan dagangan FGV pada RM5.30, dengan premium 75 sen dan 2.615 juta lot bertukar tangan, adalah di luar jangkaan.
/hwa: bernama.com.my | 28/6/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan