KUALA LUMPUR 11 Jun - Ahli Parlimen Lembah
Pantai, Nurul Izzah Anwar digesa supaya memujuk ibunya yang juga
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan
Ismail dan isteri Timbalan Presiden parti itu, Shamsidar Taharin supaya
mengadakan sidang akhbar bersama dengan segera.
Pengarah Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Noraini Abd.
Khalil Saferi berkata, sidang akhbar itu bagi menjawab segala dakwaan
oleh Ahli Dewan Negara, Datuk S. Nallakaruppan berhubung hubungan sulit
antara Shamsidar dan suami Wan Azizah, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Ia juga bagi menjawab dakwaan Nallakaruppan bahawa seorang biseksual
tidak boleh menjadi ketua pembangkang," katanya dalam kenyataan di sini
hari ini.
Baru-baru ini, Nallakaruppan mendakwa Anwar mempunyai hubungan sulit dengan Shamsidar selain merupakan seorang biseksual.
Sehubungan itu, pelbagai pihak mendesak agar Wan Azizah dan Shamsidar menjawab pertuduhan tersebut.
Noraini berkata, Nurul Izzah perlu mengambil tindakan memujuk ibunya
bagi membersihkan imej PKR yang kini dianggap orang ramai sebagai sebuah
parti seks bebas.
"Nurul Izzah juga diminta memberi gambaran sebenar mengenai hubungan antara Wan Azizah dan Shamsidar," katanya.
/hwa: utusan.com.my | 12/6/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan