
MENTERI Besar Negeri Sembilan, Datuk
Seri Mohamad Hasan (kanan) bersalaman dengan Khairy Jamaludin di Kampung
Tanjung, Rantau, Negeri Sembilan, semalam.
*****
PUTRAJAYA 25 Ogos - Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin telah
mengenal pasti satu hingga dua nama yang disyaki mengendali akaun
Facebook bernama Pemuda UMNO Malaysia yang dikatakan mengeluarkan
kenyataan berbaur hasutan.
Khairy berkata, nama individu yang disyaki memiliki akaun Facebook
tersebut akan diserahkan kepada polis untuk memudahkan proses siasatan.
"Ia diperoleh melalui hasil siasatan saya bersama-sama rakan-rakan
yang lain dalam Pemuda UMNO. Nama berkenaan akan diserahkan kepada
polis.
"Saya ingin menegaskan bahawa laman Facebook yang mengeluarkan
kenyataan berbaur hasutan ini tidak mempunyai hubungan rasmi dengan
Pemuda UMNO. Saya juga belum tahu sama ada mereka itu ahli UMNO atau
sebaliknya," katanya ketika menghadiri majlis rumah terbuka bekas
Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan isteri, Tun Jeanne
Abdullah di Bangunan Puspanitapuri di sini hari ini.
Beliau mengulas perkembangan terkini siasatan mengenai laman Facebook dengan nama akaun Pemuda UMNO Malaysia yang didakwa memaparkan kenyataan berbaur hasutan.
Berikutan kejadian tersebut, Pemuda UMNO telah membuat laporan polis
dan menjelaskan sayap itu tidak mempunyai sebarang akaun Facebook.
Mengulas lanjut, Khairy berkata, beliau tidak mahu mendedahkan nama individu yang disyaki mengendalikan laman Facebook kontroversi itu sehingga siasatan penuh dijalankan.
"Saya tidak mengenali mereka dan tidak tahu sama ada mereka merupakan
golongan ekstremis atau berniat melakukan sabotaj," katanya.
/hwa: utusan.com.my | 25/8/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan