PULAU PINANG 20 Ogos - Pengerusi DAP, Karpal
Singh (gambar) yang menentang keras pelaksanaan hukum hudud menyifatkan
undang-undang Islam itu mustahil dipraktikkan di negara ini.
Katanya, hukum hudud tidak mampu membantu membasmi kegiatan jenayah di Malaysia.
Sebagai contoh dalam kes rogol, jelas beliau, mengikut hukum hudud
memerlukan empat saksi untuk membuktikan 100 peratus bahawa suspek
melakukan perbuatan jenayah tersebut.
"Mustahil untuk mendapatkan empat saksi dalam kes rogol, justeru sukar untuk memberikan 100 peratus bukti kukuh.
"Suspek tidak berasa takut kerana sukar mendapatkan 100 peratus untuk
membuktikan dirinya bersalah," katanya pada sidang akhbar di sini hari
ini.
Dalam perkembangan lain, Karpal menegaskan, DAP menentang perbuatan
lompat parti oleh mana-mana ahli politik tanpa mengira dari parti mana
sekali pun.
Lantaran itu, katanya, DAP tidak akan bertolak-ansur terhadap perkara tersebut.
"Ini adalah salah di sisi undang-undang kerana ia tertakluk dalam
Perlembagaan Persekutuan. Tambahan pula, lompat parti ini adalah
tindakan mengkhianati sokongan pengundi yang memberikan mandat kepada
seseorang menjadi wakil rakyat mereka," katanya.
Karpal berharap Pilihan Raya Umum Ke-13 adalah satu pilihan raya
bersih dengan calon yang bersih dan bukan seseorang yang akan
mengkhianat pengundinya nanti.
/hwa: utusan.com.my | 21/8/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan