12 Ogos 2012

PM ajak anggota parti setia, ikhlas dan tidak kejar jawatan

KIMANIS 11 Ogos - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak anggota UMNO dan Barisan Nasional (BN) kekal setia pada perjuangan parti dan tidak terlalu mengejar jawatan demi pembangunan negara.
Beliau berkata, pemimpin yang ikhlas dan setia harus menjadi pilihan rakyat sepertimana di bawah prinsip dalam agama Islam dan sunnah Rasulullah.
"Rasulullah sudah bagi landasan nak pilih atau lantik seseorang, jangan gila jawatan...jangan duk beria sangat...kalau mahu sesuatu pun, tidak boleh ikut hawa nafsu dan perasaan," katanya.
Katanya, beliau masih ingat pesanan allahyarham ayahandanya Tun Abdul Razak Hussein yang masih relevan iaitu: “Kalau hendak jadi seorang pemimpin dan nak kepimpinan diberkati Allah, disenangi dan diterima rakyat, kita mesti seorang pemimpin jujur dan ikhlas".
Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada majlis berbuka puasa bersama rakyat di SMK Bongawan II, kira-kira 85 kilometer dari bandar Kota Kinabalu, di sini, hari ini. - BERNAMA.
/hwa: utusan.com.my | 11/8/12 

Tiada ulasan: