
Najib Tun Razak mengangkat bubur
lambuk yang disumbangkan kepada orang ramai di pekarangan Masjid Jamek,
Kampung Baru di Kuala Lumpur, semalam. Turut kelihatan Raja Nong Chik
Raja Zainal Abidin dan Ketua Tukang Masak Bubur Lambuk Masjid Jamek,
Zainal Abidin Abdul Hamid (kiri).
*****
KUALA LUMPUR 8 Ogos - Datuk Seri Najib Tun Razak
hari ini menyumbang sebanyak 36,000 bungkus bubur lambuk di Masjid Jamek
Kampung Baru.
Sumbangan bubur lambuk yang dimasak menggunakan 100 periuk itu,
diagihkan sendiri oleh Perdana Menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah
Mansor kepada orang ramai yang kemudian turut mengambil kesempatan untuk
beramah mesra.
Majlis penyampaian sumbangan bubur lambuk tersebut diadakan selepas Perdana Menteri dan para jemaah lain menunaikan solat asar.
Hadir sama mengiringi beliau ialah Menteri Wilayah Persekutuan dan
Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin, Datuk Bandar
Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib serta Pengerusi Jawatankuasa
Masjid Jamek Kampung Baru, Datuk Idris Shaari Mat Deris.
Selepas mengagihkan bubur lambuk tersebut, Perdana Menteri turut mengunjungi bazar Ramadan di Jalan Raja Alang, Kampung Baru.
Menurut Idris, ini merupakan tahun keenam Perdana Menteri dan isteri
menyumbang bubur lambuk kepada para jemaah dan masyarakat Kampung Baru
bersempena dengan Ramadan.
''Pihak jawatankuasa masjid melahirkan rasa terima kasih kepada
beliau kerana sudi menyumbang juadah berbuka ini,'' katanya di sini.
/hwa: utusan.com.my | 9/8/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan