KUALA LUMPUR 19 Ogos - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor hari ini menunaikan solat sunat
Aidilfitri di Masjid Negara bersama kira-kira 15,000 umat Islam pelbagai
bangsa sama ada rakyat Malaysia ataupun mereka yang bekerja di sini.
Najib yang berbaju Melayu merah jambu diiringi Timbalan Perdana
Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri
Hishammuddin Tun Hussein; dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk
Seri Jamil Khir Baharom.
Solat sunat hari ini diimamkan oleh Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri
Sheikh Ismail Muhammad dan khutbahnya disampaikan oleh Jamil Khir.
Najib dan para pemimpin negara yang lain kemudian menziarahi pusara
Perdana Menteri Malaysia kedua iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak
Hussein, yang juga ayahanda kepada Najib. - BERNAMA.
/hwa: utusan.com.my | 19/8/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan