
Najib Tun Razak menyerahkan replika
baucer bantuan kaki palsu kepada seorang penduduk, Che Mat Awang pada
Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat dan Penyampaian Bantuan Kebajikan
Masyarakat di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Perdana di Bachok,
semalam. Turut hadir Dr. Awang Adek Hussin. - BERNAMA
*****
BACHOK 5 Ogos - Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, Kerajaan Pusat
yang diterajui Barisan Nasional (BN) tidak pernah menafikan hak rakyat
Kelantan termasuk dalam soal pembayaran tunai daripada hasil petroleum.
Menurut Perdana Menteri, berpegang kepada prinsip adil untuk rakyat
sebagaimana diperintahkan oleh Allah SWT, maka beliau telah mengumumkan
penubuhan jawatankuasa khas bagi menyelesaikan secara adil, telus dan
saksama isu bayaran petroleum kepada Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Bagaimanapun, katanya, apa yang dikesalkan ialah sikap parti
pembangkang yang terus mempolitikkan isu tersebut dengan melemparkan
pelbagai tuduhan kononnya Kerajaan Pusat mengkhianati dan menipu rakyat
Kelantan.
Kita berlaku adil kepada rakyat Malaysia kerana ini perintah Allah,
kita takut kepada Allah, kita tidak takut yang lain. Begitu juga dalam
mengagihkan kekayaan negara, kita agih secara adil.
Sebab itu bila timbul isu royalti, isu ini tidak dapat diselesaikan
kerana masih lagi dibangkit-bangkitkan, yang menjadi sasaran Tok Pa
(Datuk Seri Mustapa Mohamed), Awang Adek (Datuk Dr. Awang Adek Hussin).
Saya juga menjadi sasaran kononnya kami mengkhianati, menipu rakyat
Kelantan.
Di bumi Kelantan ini, sempena Ramadan, kami tidak menafikan hak
rakyat Kelantan sama sekali. Kita nak berlaku adil, telus, nak buka buku
baru kepada rakyat Kelantan bahawa Kerajaan Pusat tidak menafikan hak
walau satu tong minyak pun hak Kelantan," katanya di sini hari ini.
Beliau berucap pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat dan
Penyampaian Bantuan Kebajikan Masyarakat yang dihadiri lebih 20,000
orang di Padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Perdana.
Menurut Perdana Menteri, sikap adil Kerajaan Pusat itu terbukti
apabila beliau dalam suratnya kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V
dan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta dipilih seorang
wakil kerajaan negeri yang berjiwa dan mempunyai semangat Kelantan,
bukan dalam kalangan orang UMNO atau Pas, menganggotai jawatankuasa khas
berkenaan.
Beliau bagaimanapun menjelaskan, sebarang tindakan yang diambil oleh
jawatankuasa itu kelak mestilah mengikut Perlembagaan negara termasuk
mengambil kira kedudukan telaga minyak yang ada di negeri-negeri
terlibat.
Yang penting sekali, tidak berlaku penafian hak pada mana-mana
rakyat Kelantan, Terengganu dan Pahang," katanya yang turut menyarankan
ketiga-tiga negeri terbabit berunding membincangkan isu berkenaan.
Perdana Menteri turut meminta tidak ada pihak di Kelantan akan terus
mempolitikkan isu terbabit dengan membuat pelbagai andaian termasuk
jumlah yang boleh diperolehi negeri ini, sehingga mengelirukan rakyat.
Dalam perkembangan lain, Najib yang menerima memorandum bantahan air
daripada pertubuhan bukan kerajaan di negeri ini, menyatakan kemampuan
BN untuk menyelesaikan masalah tersebut sekiranya diberi mandat pada
pilihan raya umum akan datang.
Beliau juga mengumumkan janji BN untuk membina sebuah hospital pada
tahun hadapan mengambil kira keperluan penjagaan kesihatan dalam
kalangan masyarakat setempat.
Itu kita janjikan, slogan kita janji ditepati, puak-puak itu belum tahu lagi," katanya.
/hwa: utusan.com.my | 6/8/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan