SHAH ALAM 1 Ogos - Tujuh badan bukan kerajaan (NGO) di Selangor hari
ini menyerahkan memorandum kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)
bagi memintanya menyisat tazkirah Ramadan berunsur politik di masjid dan
surau di sekitar negeri ini.
Wakil kumpulan berkenaan, Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan
Selangor (GAPS) Hamidzun Khairuddin, menyerahkan memorandum itu kepada
Timbalan Pengarah JAIS, Mohd Shahzihan Ahmad di pejabat JAIS di Bangunan
Sultan Idris Shah di sini.
Hamidzun memberitahu pemberita bahawa memorandum itu bertujuan
memohon pihak JAIS memantau dan mengambil serius perkara itu bagi
memastikan masjid dan surau terus bebas dari apa jua unsur politik
seperti yang dititahkan oleh Sultan Selangor.
"Kami sangat menyanjung tinggi titah Sultan Selangor, Sultan
Sharafuddin Idris Shah yang merupakan Ketua Agama Islam Selangor.
Baginda sudah banyak kali mengingatkan masjid dan surau di negeri ini
supaya tidak menjadikannya sebagai tempat penganjuran ucapan politik,"
katanya.
Beliau diiringi kira-kira 50 orang anggota GAPS, Pertubuhan Pribumi Perkasa
(Perkasa) Selangor, Jati Selangor, Ikatan Kebajikan dan Dakwah Selangor (IKDDAS) dan Gerakan Prihatin Selangor.
Hamidzun berkata pihaknya menerima banyak aduan mengenai perkara itu
daripada orang ramai yang mendakwa terdapat pemimpin politik dan Exco
kerajaan Selangor memberi takzirah berunsur politik di masjid dan surau
di Selangor.
Antara mereka ialah Dr Halimah Ali, Khalid Samad dan Dr Siti Mariah
yang turut tidak mempunyai tauliah dari Majlis Agama Islam Selangor
(MAIS) untuk menyampaikan tazkirah. - BERNAMA.
/hwa: utusan.com.my | 1/8/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan