30 September 2012

Bukan janji kosong

Najib, Rosmah; Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Pengerusi PR1MA, Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis (kanan) mendengar taklimat PR1MA Seremban oleh Pengerusi Nilai Resources, Tan Sri Dr Gan Kong Seng (dua dari kanan), semalam. - Foto Mohd Yusni Ariffin  
Najib, Rosmah; Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Pengerusi PR1MA, Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis (kanan) mendengar taklimat PR1MA Seremban oleh Pengerusi Nilai Resources, Tan Sri Dr Gan Kong Seng (dua dari kanan), semalam. - Foto Mohd Yusni Ariffin
*****
Seremban: Bajet 2013 yang dibentangkan kelmarin bukan untuk memancing undi menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), sebaliknya kesinambungan usaha Barisan Nasional (BN) menepati janji membawa kemakmuran untuk rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata berbeza bajet pembangkang, Bajet bertema ‘Memakmurkan Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati’ adalah bukti kemampuan BN.
Keyakinan rakyat kekal

Sejak mentadbir negara 55 tahun lalu, BN tidak pernah mengabaikan janji kepada rakyat dan sejak PRU pertama pada 1959, rakyat tidak pernah hilang kepercayaan bahawa BN mampu membawa kemakmuran dan kesejahteraan.

Memetik ayat al-Quran surah al-Baqarah, Najib berkata, Allah SWT menganjurkan umat Islam supaya berlumba-lumba membuat kebajikan dan jangan sekali-kali menabur fitnah, mencerca atau mengingkari janji.

Kita mesti pandai menjana kekayaan baru, memacu ekonomi supaya daripada kemakmuran itulah kita dapat mensejahterakan rakyat.

Hubungan yang saya anggap sebagai waad antara kerajaan dengan rakyat ini tidak mudah diputuskan dengan fitnah dilemparkan kerana rakyat yakin hanya satu kerajaan boleh menepati janji, iaitu BN.
Kita tidak boleh menjadi kerajaan yang bersifat populis saja sedangkan janji kita tidak ditunaikan. Mereka menjanjikan bulan dan bintang, janji hutang PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) boleh dihapuskan... RM30 bilion dia ingat senang-senang boleh dihapuskan?

Tol siapa nak bayar? Ini semua janji yang tidak mungkin dapat ditunaikan. Kerajaan BN tidak janji perkara yang tidak boleh kita tunaikan, katanya berucap merasmikan program Jelajah Janji Ditepati (JJD), di Kompleks Belia dan Sukan Paroi, di sini, semalam.

Najib melancarkan PR1MA di Seremban 2, Senawang, Rasah dan Senawang. Bagi projek perintis, PR1MA bercadang membina 5,700 rumah mampu milik di lokasi berkenaan.

Fasa 1 membabitkan pembinaan 1,200 rumah dimulakan di Seremban 2 pada suku pertama 2013.

Najib berkata, kerajaan meneruskan program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) menerusi BR1M 2.0 dengan individu bujang berusia 21 tahun ke atas berpendapatan kurang RM2,000 sebulan akan menerima RM250 kerana jasa mereka kepada pembangunan negara.

BR1M 2.0 saya pilih sebagai sindiran kepada mereka (pembangkang) kerana mereka buat Bersih 2.0, katanya.

Beliau berkata, kejayaan BN menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara terutama melalui penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGV) yang mencatat terbitan saham awal kedua tertinggi selepas Facebook sedangkan negara lain menghadapi masalah ekonomi seharusnya terus meyakinkan rakyat untuk memberi sokongan kepada BN.

Mengenai PR1MA, Najib berkata, kerajaan BN merancang membina rumah mampu milik dan dijual pada harga 20 peratus lebih rendah berbanding pasaran.

Beliau turut mengumumkan RM158 juta untuk Dana Mudah Cara Pembangunan Lebuh Raya Lekas-Temiang. 
 
/hwa: utusan.com.my | 30/9/12

Tiada ulasan: