KUALA LUMPUR 11 Sept.- Dana asing yang diterima
Suara Rakyat Malaysia (Suaram) boleh disifatkan sebagai habuan kepada
pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu kerana menjadi tali barut kuasa
asing untuk mengganggu gugat negara.
Bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Terengganu, Fakhrul
Azman Abu Bakar berkata, ini kerana dana itu sebenarnya tidak ada
kena-mengena dengan perjuangan hak asasi manusia yang diuar-uarkan oleh
NGO itu.
"Pemimpin dan bekas pemimpin Suaram diharap tahu bahawa dana yang
diterima itu seperti yang didedahkan oleh kerajaan adalah habuan kerana
menjadi tali barut kuasa asing.
"Ini kerana kuasa asing tidak ada hak untuk mencampuri urusan dalaman
dan politik di negara berdaulat ini," katanya dalam satu kenyataan di
sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas pendedahan Menteri Perdagangan
Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
semalam berhubung penyaluran dana berjumlah RM0.5 juta kepada Suaram
sebelum ini.
Fakhrul Azman berkata, ekoran pembongkaran itu, pihak yang
menyalurkan dana tersebut iaitu penyangak mata wang, George Soros
sebenarnya boleh disifatkan sebagai orang yang menyara kehidupan mereka
yang terlibat dengan Suaram seperti Cynthia Gabriel, Dr. Kua Kia Soong,
Sivarasa Rasiah dan Tian Chua.
"Jadi kita juga mahu tahu sama ada ahli keluarga mereka ini tahu
bahawa perbelanjaan kehidupan seharian ini ditanggung oleh Soros,"
katanya.
/hwa: utusan.com.my | 12/9/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan