KUALA LUMPUR 3 Sept. - Tindakan biadab peserta Himpunan Janji Bersih
memijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri,
Datin Seri Rosmah Mansor merupakan perbuatan yang mencabul prinsip Rukun
Negara.
Pemegang Amanah Yayasan 1Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, ia
jelas bertentangan dengan prinsip kelima Rukun Negara iaitu Kesopanan
dan Kesusilaan yang bertujuan membentuk warga negara bersopan santun dan
bertatasusila.
"Rukun Negara dibentuk dengan tujuan utama iaitu membina perpaduan
yang kukuh. Prinsip yang terkandung di dalamnya merupakan kunci kepada
keharmonian dan perpaduan kaum demi kejayaan serta kestabilan negara.
"Gelagat peserta Himpunan Janji Bersih itu bukan sahaja membelakangi
Rukun Negara, malah memperlihatkan sikap mereka tidak prihatin akan
budaya rakyat Malaysia," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau mengulas tindakan biadab peserta tersebut yang memijak gambar
Najib dan Rosmah ketika sambutan ambang merdeka di Dataran Merdeka, 30
Ogos lalu.
Pada masa sama, Lam Thye mengingatkan generasi muda supaya menghayati
prinsip Rukun Negara bagi menghindarkan mereka daripada perbuatan yang
boleh mencemarkan nama dan imej negara.
/hwa: utusan.com.my | 4/9/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan