SUNGAI PETANI 2 Sept. - Kementerian Dalam Negeri akan bertindak tegas
dan menyegerakan proses undang-undang terhadap pelaku tindakan biadab
melakukan provokasi mahu menukar Jalur Gemilang, memijak gambar Perdana
Menteri serta memaki hamun pemimpin negara pada satu perhimpunan di
Dataran Merdeka, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, beliau mahu
dalang dan "desperado" atau golongan terdesak politik itu dihadapkan ke
muka pengadilan kerana kepentingan rakyat yang majoritinya mahu melihat
mereka diadili mengikut peraturan dan undang-undang yang ada.
"Rakyat kebanyakannya kini sudah jemu dan meluat dengan tindakan
desperado politik ini yang sudah merasa mereka akan kalah dalam Pilihan
Raya Umum ke-13 lantas bertindak dan mencipta isu membangkitkan
kebencian rakyat terhadap pemimpin kerajaan kini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan
Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Merbok yang dihadiri kira-kira 300
perwakilan di Dewan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok dekat sini
hari ini.
/hwa: utusan.com.my | 2/9/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan