12 September 2012

Wasiat perihal nasib Islam Malaysia

DR. MOHD KAMAL HASAN
*****
Semalam disiarkan ‘Wasiat di penghujung usia: Kembali ke pangkal jalan’ karya TAN SRI PROF. ULUNG DR. MOHD KAMAL HASAN mantan Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Mesej wasiat itu patut didalami maksudnya yang tersirat. Utusan Malaysia mendapatkan penjelasan pemikir dan cendekiawan Melayu ini berhubung wasiatnya itu.
UTUSAN: Mengapa Prof. menamakan tujuh rangkap pantun itu sebagai Wasiat di Penghujung Usia dengan menyebut “Di Hujung usia aku tinggalkan sebuah pesanan kerana duka melihat umat tuju perpecahan".
MOHD KAMAL: Saya memang berniat menyampaikan sebuah ‘Wasiat’ kepada anak-anak, keluarga dan sahabat handai yang hadir pada majlis kesyukuran perkahwinan anak saya yang terakhir. Pertama kerana saya akan berumur 70 tahun pada bulan Oktober depan, dan pada umur saperti ini memang wajar saya tinggalkan sebuah wasiat yang berkaitan dengan nasib dan masa depan umat Islam di Malaysia, sebelum saya dikembalikan ke rahmatullah (SWT).
Kedua, saya merasa sedih melihat fenomena keretakan dan perpecahan umat Islam berbangsa Melayu di akhir hayat saya, akibat daripada percaturan dan perbezaan politik. Saya percaya kepentingan umat Islam, kedudukannya dan peranannya harus diletakkan di atas kepentingan parti politik.
Dalam rangkap kedua pantun Prof. ada disebut mengenai pentingnya berpegang teguh kepada tali Allah, jangan berpecah-pecah. Mengapa Prof. kaitkan dengan “takut nasib Andalusia berulang mengukir malu..."
/hwa: utusan.com.my | 11/9/12

Tiada ulasan: