BUKAN sahaja Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din sinikal
terhadap Ketua Pembangkang Anwar yang melancarkan buku seorang tokoh
Islam liberal di ibu negara baru-baru ini, ramai lagi yang menggeleng
kepala.
Tindakan Anwar melancarkan karya bekas Ahli Parlimen India, Mobashar
Jawed Akbar yang berfahaman liberal, mengundang keresahan umat Islam.
Pada majlis itu, Akbar meremehkan peranan Islam dalam pembentukan
sebuah negara, yang kebetulan menjadi agenda Pas di Malaysia. Islam
adalah sebuah persaudaraan dan bukannya sebuah negara," kata beliau.
Kenyataan itu ditempelak oleh Haron. Beliau lalu meminta umat Islam
tidak menganggap tindakan Anwar bersekutu dengan orang seperti Akbar
sebagai sesuatu yang direstui Pas.
Ini bukan kali pertama Anwar menyekutukan diri dengan kelompok
liberal termasuk personaliti yang kontroversial. Pada Mac lalu, pemimpin
PKR itu menghadiri Persidangan India Today Conclave di Delhi, yang
turut disertai penulis buku Satanic Verses, Salman Rushdie. Siapa yang
tidak kenal penulis itu yang kini menjadi pujaan Barat kerana
terang-terangan menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW.
Berbeza dengan Anwar, pemimpin pembangkang Pakistan, Imran Khan yang
turut dijemput pada persidangan itu, enggan hadir kerana membantah
Rushdie.
Ketegasan Imran mendapat pujian masyarakat Islam Pakistan. Tentu ada
suatu dorongan yang kuat sehingga Anwar sanggup bersekutu dengan dengan
Akbar dan Rushdie. Beliau juga dikatakan mempunyai rangkaian hubungan
baik dengan beberapa lagi tokoh yang menghina Islam antaranya Irshad
Manji, Ayaan Hirsi Ali dan Taslima Nasreeen.
Maka jangan terkejut jika mereka memuji Anwar sebagaimana dalam buku
Irshad Manji, The Trouble With Islam Today: A Muslims Call for Reform
in Her Faith. Sedangkan penulis yang sama diketahui umum mempersoalkan
syariat Islam dan ulama selain membela golongan lesbian, gay, biseksual
dan transgender (LGBT).
Yang jelas pemikiran kelompok itu bertentangan dengan fahaman Islam
sebenar tetapi menghairankan mengapa Anwar mendokong tokoh-tokoh itu,
apakah beliau juga teruja mahu menjadi idola Barat untuk tujuan
tersirat? Atau sudah terperangkap dalam naluri gaya hidup bebas agar
boleh dihalalkan golongan seperti itu?
Awang Selamat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan