KUALA LUMPUR 12 Okt. - Kenyataan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa
Pas akan terus bekerjasama dengan DAP walaupun mendapat tentangan ahli
akar umbi membuktikan beliau sanggup mengetepikan agama demi kepentingan
politik.
Bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Terengganu, Fakhrul
Azman Abu Bakar berkata, kenyataan itu memberi gambaran jelas yang
Mursyidul Am Pas itu sanggup berbuat demikian hanya untuk meraih undi
orang Cina dan India.
Kita juga tahu bahawa Mursyidul Am Pas itu sanggup bersekongkol dengan sekutu Yahudi demi untuk kuasa.
Saya berharap Nik Abdul Aziz berhenti mengelirukan umat Islam di
negara ini dengan bertopengkan agama apabila berceramah politik bagi
memelihara kesucian Islam," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di
sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz yang menegaskan parti itu
akan terus bekerjasama dengan DAP untuk mencapai kemenangan dalam
Pilihan Raya Umum Ke-13 walaupun mendapat tentangan daripada ahli akar
umbi.
Nik Abdul Aziz berkata, Pas hanya akan memenangi pilihan raya jika
meneruskan kerjasama itu kerana memerlukan sokongan daripada pengundi
bukan Melayu.
Fakhrul Azman seterusnya menyifatkan kehadiran Setiausaha Agung DAP,
Lim Guan Eng sebagai rakan kongsi Nik Abdul Aziz bercanggah dengan
perjuangan Islam parti itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan