6 November 2012

Fitnah pembangkang tiada kesan kepada Felda

KUALA LUMPUR 31 Okt. - Pelbagai fitnah yang dilemparkan pembangkang terhadap Felda tidak sedikit pun meninggalkan kesan berikutan segala tuduhan tersebut tidak benar dan bersifat politik.
Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad menegaskan, sehingga kini, kepercayaan peneroka terhadap konglomerat itu masih utuh.
Katanya, bukti paling jelas, sebelum ini pembangkang pernah mendakwa Felda muflis sedangkan perkara itu tidak benar sama sekali.
''Ini soal politik. Kita kena lawan dari segi politik dan bila habis pilihan raya nanti mereka akan diam.
''Kita buat perkara yang betul. Sudah tentu peneroka tak percaya dengan isu-isu yang dilemparkan itu," katanya.
Beliau ditanya kesan pelbagai fitnah yang dilemparkan pembangkang terhadap Felda dalam sidang akhbar selepas majlis Penyampaian Sijil Pelajar Pusat Bahasa Inggeris Yayasan Felda 2012 di sini hari ini.
Mohd. Isa menjelaskan, pihaknya sentiasa turun padang bagi mengadakan program-program penerangan kepada peneroka untuk menepis segala fitnah yang dilemparkan tersebut.
''Apa sahaja fitnah dilemparkan, kita akan jawab dengan fakta-fakta.
''Rakyat serta peneroka kini semakin sedar bahawa apa sahaja dakwaan pembangkang terhadap Felda selama ini adalah tidak benar sama sekali," ujarnya.

Tiada ulasan: