Perhimpunan Agung UMNO (PAU) sudah diadakan 63 kali sejak parti
itu ditubuhkan pada 1946. Setiap kali PAU, ‘mood’nya berbeza,
berubah-ubah mengikut masa dan perkembangan semasa. PAU pada 1940-an dan
awal 1950-an, tentunya berbeza dengan mood persidangan ketika negara
berjuang menjelang kemerdekaan negara pada 1957. Suasana PAU selepas
negara merdeka pula berbeza dengan suasana sewaktu negara menghadapi
sesuatu krisis politik atau ekonomi. Begitu juga, mood PAU sewaktu parti
itu mengalami masalah, berbeza dengan sewaktu parti mendapat sanjungan
rakyat selepas menang besar dalam pilihan raya. Jika ada pemilihan,
persidangan menjadi tegang.
Suasana PAU selepas Pilihan Raya Umum 2008, agak muram. Cuma, pada PAU 2012 ini, UMNO kian yakin bagi menghadapi rakyat sekali lagi, berbanding empat PAU yang lalu. Semuanya berlaku selepas Barisan Nasional (BN) mencatat keputusan buruk pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12). Kerajaan Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Perak jatuh ke tangan pembangkang, selain Kelantan. Perak dapat diselamatkan berikutan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang keluar parti.
PAU 2012 menampakkan pemulihan nyata semangat perwakilan untuk
merampas semula negeri-negeri yang dikuasai pembangkang. Malah, mereka
dengan yakin menang majoriti dua pertiga selain menambah peratusan undi
popular. Semangat ini jelas terpancar dalam PAU kali ini memandangkan
PRU-13 akan diadakan pada bila-bila masa saja. UMNO mengambil kesempatan
ini untuk mengingatkan ahli parti dan rakyat bahawa masanya sudah tiba
untuk mendapatkan mandat besar daripada rakyat.
Reaksi DAP, PAS dan PKR berhubung PAU 2012 adalah tidak jujur. Pemimpin mereka kononnya mengatakan mereka tidak bimbang dengan kebangkitan UMNO. Mereka tidak menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh wakil-wakil negeri terhadap kelemahan pembangkang mengurus negeri-negeri di mana mereka berkuasa. Mereka tahu setiap jawapan yang akan mereka berikan menampakkan lagi kelemahan mereka.
Pada PAU 2012, kerajaan pembangkang PAS di Kelantan dan Kedah dikecam, kerajaan DAP Pulau Pinang dianggap tidak adil kepada rakyat dan kerajaan PKR di Selangor, memperdayakan rakyat. Perwakilan menjelaskan pembangkang tidak menunaikan janji mereka kepada rakyat. Janji dalam manifesto dan pelbagai janji lain hanya cakap kosong. Setiap hari rakyat menuntut janji pembangkang kepada rakyat. Jalan mudah menutup kelemahan pembangkang ialah dengan melontarkan semula pelbagai tuduhan dan dakwaan terhadap UMNO dan BN. Semua ini menunjukkan pembangkang tidak dapat mempertahankan diri daripada tuduhan yang dibangkitkan dalam PAU 2012. Itulah sebabnya pembangkang membuka cerita yang mereka cipta sendiri untuk mengabui mata rakyat. Mereka mengatakan pemimpin UMNO ‘minta nyawa’ daripada rakyat seolah-olah UMNO BN akan tewas dalam pilihan raya umum nanti. Sebenarnya, merekalah yang ‘minta nyawa’ kepada rakyat selepas belang mereka pecah berderai. Ada pemimpin mereka yang mengatakan UMNO menzalimi rakyat Kelantan sedangkan banyak isu yang dibangkitkan mengenai kelemahan kerajaan PAS di negeri itu daripada soal pembinaan masjid dan bekalan air, tidak mereka sentuh dalam reaksi mereka terhadap UMNO.
Secara objektif, pembangkang perlu membuat perbandingan UMNO hari ini dengan UMNO sebelum dan selepas PRU-12. Segala-galanya bermula bila Najib bangkit dengan melakukan pelbagai transformasi. Hari ini, semua orang tahu mengenai transformasi yang dilakukan oleh kerajaan. Ini membimbangkan pembangkang yang tidak mempunyai produk yang boleh mereka jual kepada rakyat.
PAS masih memainkan lagu lama, iaitu memperjuangkan negara Islam dan melaksanakan hukum hudud tetapi sesama mereka sendiri pun bercakaran. DAP pula dengan agenda yang berat sebelah terhadap rakyat manakala PKR terus tenggelam dalam kelam kabut mencari arah perjuangan. Dalam kecelaruan itu, mereka menimbulkan kemarahan rakyat terhadap sikap pemimpinnya yang liberal dan mendokong pluralisme. Jika hendak disenarai kebaikan yang dibawa oleh BN berbanding pembangkang adalah ibarat langit dan bumi. Semakin hari, alasan pembangkang untuk mengajak rakyat menukar kerajaan, semakin tidak boleh diterima.
Suasana PAU selepas Pilihan Raya Umum 2008, agak muram. Cuma, pada PAU 2012 ini, UMNO kian yakin bagi menghadapi rakyat sekali lagi, berbanding empat PAU yang lalu. Semuanya berlaku selepas Barisan Nasional (BN) mencatat keputusan buruk pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12). Kerajaan Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Perak jatuh ke tangan pembangkang, selain Kelantan. Perak dapat diselamatkan berikutan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang keluar parti.
"Pembangkang membuka cerita yang mereka cipta sendiri untuk mengabui mata rakyat. Mereka mengatakan pemimpin UMNO ‘minta nyawa’ daripada rakyat seolah-olah UMNO BN akan tewas dalam pilihan raya umum nanti. Sebenarnya, merekalah yang ‘minta nyawa’ kepada rakyat selepas belang mereka pecah berderai."Di Malaysia, rakyat dibenar membuat pilihan siapa dan parti mana harus mentadbir negara. Pilihan rakyat adalah antara BN yang mewakili 13 parti komponen pelbagai kaum termasuk di Sabah dan Sarawak manakala seterunya ialah pembangkang yang terdiri daripada DAP, PAS dan PKR. Dalam PAU 2012, ahli UMNO dan rakyat jelata diingatkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa mereka perlu membuat pemilihan wajar. Jika memilih DAP bermakna mereka memilih penindasan terhadap bangsa tercinta, jika memilih PAS bermakna mereka memilih perpecahan umat Islam dan jika memilih PKR bermakna mereka memilih kerosakan akidah dan kehancuran sosial. Jika memilih UMNO/BN bermakna mereka memilih keselamatan akidah umat Islam, kekuatan perpaduan umat dan pembelaan bangsa.
Reaksi DAP, PAS dan PKR berhubung PAU 2012 adalah tidak jujur. Pemimpin mereka kononnya mengatakan mereka tidak bimbang dengan kebangkitan UMNO. Mereka tidak menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh wakil-wakil negeri terhadap kelemahan pembangkang mengurus negeri-negeri di mana mereka berkuasa. Mereka tahu setiap jawapan yang akan mereka berikan menampakkan lagi kelemahan mereka.
Pada PAU 2012, kerajaan pembangkang PAS di Kelantan dan Kedah dikecam, kerajaan DAP Pulau Pinang dianggap tidak adil kepada rakyat dan kerajaan PKR di Selangor, memperdayakan rakyat. Perwakilan menjelaskan pembangkang tidak menunaikan janji mereka kepada rakyat. Janji dalam manifesto dan pelbagai janji lain hanya cakap kosong. Setiap hari rakyat menuntut janji pembangkang kepada rakyat. Jalan mudah menutup kelemahan pembangkang ialah dengan melontarkan semula pelbagai tuduhan dan dakwaan terhadap UMNO dan BN. Semua ini menunjukkan pembangkang tidak dapat mempertahankan diri daripada tuduhan yang dibangkitkan dalam PAU 2012. Itulah sebabnya pembangkang membuka cerita yang mereka cipta sendiri untuk mengabui mata rakyat. Mereka mengatakan pemimpin UMNO ‘minta nyawa’ daripada rakyat seolah-olah UMNO BN akan tewas dalam pilihan raya umum nanti. Sebenarnya, merekalah yang ‘minta nyawa’ kepada rakyat selepas belang mereka pecah berderai. Ada pemimpin mereka yang mengatakan UMNO menzalimi rakyat Kelantan sedangkan banyak isu yang dibangkitkan mengenai kelemahan kerajaan PAS di negeri itu daripada soal pembinaan masjid dan bekalan air, tidak mereka sentuh dalam reaksi mereka terhadap UMNO.
Secara objektif, pembangkang perlu membuat perbandingan UMNO hari ini dengan UMNO sebelum dan selepas PRU-12. Segala-galanya bermula bila Najib bangkit dengan melakukan pelbagai transformasi. Hari ini, semua orang tahu mengenai transformasi yang dilakukan oleh kerajaan. Ini membimbangkan pembangkang yang tidak mempunyai produk yang boleh mereka jual kepada rakyat.
PAS masih memainkan lagu lama, iaitu memperjuangkan negara Islam dan melaksanakan hukum hudud tetapi sesama mereka sendiri pun bercakaran. DAP pula dengan agenda yang berat sebelah terhadap rakyat manakala PKR terus tenggelam dalam kelam kabut mencari arah perjuangan. Dalam kecelaruan itu, mereka menimbulkan kemarahan rakyat terhadap sikap pemimpinnya yang liberal dan mendokong pluralisme. Jika hendak disenarai kebaikan yang dibawa oleh BN berbanding pembangkang adalah ibarat langit dan bumi. Semakin hari, alasan pembangkang untuk mengajak rakyat menukar kerajaan, semakin tidak boleh diterima.
/hwa: bharian.com.my | 13/12/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan