
LIM Guan Eng (kanan) seolah-olah
menarik semula tangannya daripada bersalam dengan Shaik Hussein Mydin
ketika beliau hadir bagi memfailkan saman di Mahkamah Tinggi, Pulau
Pinang, semalam.
*****
Sebaik sahaja Guan Eng memasuki perkarangan premis tersebut Shaik Hussein dilihat memegang tangan Setiausaha Agung DAP itu untuk bersalaman.
Bagaimanapun, Guan Eng seolah-olah menarik semula tangannya sebaik menyedari beliau sedang bersalaman dengan Shaik Hussein.
Shaik Hussein ketika ditemui berkata, beliau berbuat demikian sebagai bukti bahawa dirinya bersedia untuk dihadapkan ke mahkamah.
"Saya sedia ke mahkamah, sebab itulah saya ke sini untuk mengalu-alukan tindakan saman olehnya (Guan Eng)," katanya.
Guan Eng hadir di mahkamah hari ini bagi memfailkan saman terhadap Shaik Hussein.
Saman tersebut dikemukakan berikutan kenyataan Shaik Hussein dalam portal berita Malaysiakini yang mendakwa Guan Eng menerima rasuah daripada Kuala Lumpur International Dental Centre Sdn. Bhd. (KLIDC) berhubung isu penjualan tanah di Taman Manggis.
Tanah tersebut sepatutnya dibangunkan projek perumahan rakyat (PPR) fasa kedua namun dijual kerajaan DAP Pulau Pinang kepada KLIDC bagi projek pembinaan hotel 19 tingkat, enam tingkat hospital persendirian dan lima tingkat tempat letak kereta.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan