AWANG dan umat Islam lain cukup marah apabila isu kalimah Allah dibangkitkan secara semberono oleh pihak pembangkang baru-baru ini.
Perbuatan itu dilihat bukan sahaja akan menyebabkan berlaku kemarahan di pihak umat Islam sendiri, tapi juga penganut Kristian terutamanya di kalangan kaum etnik Sabah dan Sarawak.
Cubaan itu dilihat cukup berbahaya dan amat berbau hasutan.
Awang percaya DAP melalui Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng yang membangkitkan isu itu sengaja mahu mencetuskan suasana yang tidak tenteram di negara ini. Dia juga cuba menarik perhatian negara-negara beragama Kristian lain, terutamanya Barat supaya membenci kita.
Apa yang jelas setelah Guan Eng membangkitkan isu itu dan menjadi panas, dia kemudiannya senyap. Ia umpama membaling batu, sembunyi tangan. Anwar Ibrahim juga turut senyap dan Pas pula terpaksa akur.
Justeru tindakan empat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) semalam dan beberapa pertubuhan lain sebelum ini membuat laporan polis amat wajar sekali.
Biar polis menjalankan siasatan di bawah Akta Hasutan dan menjatuhkan hukuman sekiranya terbukti benar.
Awang menyeru pihak polis supaya bertindak lebih tegas jika ada pihak-pihak yang bermain api terutama menjelang ketibaan pilihan raya umum kelak.
Apa yang dilakukan oleh Guan Eng, sebenarnya cukup bahaya dan jahat.
AWANG - Andainya ada ISA?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan