
MUHYIDDIN Yassin ketika menyampaikan
ucapan pada Majlis Perjumpaan Penjawat Awam Negeri dan Persekutuan yang
diadakan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) dalam lawatan
sehari beliau ke Melaka hari ini. - BERNAMA

MUHYIDDIN Yassin disambut oleh para
tetamu yang hadir pada majlis Jamuan Rakyat 1Malaysia di Sekolah
Menengah Kebangsaan Tun Haji Abdul Malek Cheng, Melaka hari ini. Turut
sama isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman dan
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam. - BERNAMA
*****
Beliau berkata, negara mempunyai dana dan sumber, malahan diiktiraf oleh badan-badan antarabangsa sebagai model contoh dalam bidang ekonomi dan perniagaan.
"Sama ada beliau (Anwar) tidak mengetahui bagaimana analisis dilakukan oleh badan-badan antarabangsa atau sengaja menolak hakikat sebenar (berhubung ekonomi negara)," katanya yang menyangkal dakwaan Anwar itu yang dipaparkan di laman sosial YouTube.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pertemuan Bersama Penjawat Awam Persekutuan dan Negeri Melaka di Dewan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Ayer Keroh di sini hari ini yang dihadiri kira-kira 10,000 orang termasuk Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
Muhyiddin berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini telah mengumumkan pungutan Lembaga Hasil Dalam Negara (LHDN) pada tahun lepas mencatat kutipan terbesar dalam sejarah iaitu sebanyak RM125 bilion.
"Kita bukan berada dalam situasi (seperti) beberapa negara Eropah seperti Greece dan Portugal yang tidak mempunyai dana dan ongkos dalam mengurus ekonomi mereka sehingga menanggung beban hutang," katanya.
Muhyiddin berkata, negara baru-baru ini turut menerima pengiktirafan oleh Laporan Bank Dunia yang menyebut negara menduduki tangga ke-12 bagi menjalankan perniagaan, naik enam anak tangga daripada tempat ke-18 sebelumnya.
"Malahan kita mengatasi negara-negara maju seperti Sweden (tangga ke-13), Taiwan (16) dan Jerman (20) menurut laporan itu," katanya.
Mengenai penjawat awam, Muhyiddin berkata, cabaran yang dihadapi termasuk dalam membantu negara untuk kekal bersaing dalam ekonomi dan perniagaan sebagai negara pengeksport.
"Kita ada tugas dan misi baik di peringkat persekutuan, negeri dan daerah dalam menjalankan tanggungjawab dan peranan membantu sektor awam dan swasta," katanya.
Beliau berkata usaha yang dilakukan hari ini secara gigih akan membawa kesan kepada negara untuk mencapai status negara maju menjelang 2020. - BERNAMA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan