ENTAH kenapa Pengerusi DAP, Karpal Singh yang kononnya dianggap tokoh berintegriti terus membisu berhubung isu moral Anwar Ibrahim.
Karpal masih enggan mengulas dakwaan di Dewan Rakyat pada Oktober 1997 bahawa beliau mempunyai bukti penglibatan Anwar dalam aktiviti liwat.
Beliau bukan bercakap hal itu di gerai tepi jalan tetapi di Dewan Rakyat yang dianggap mulia.
Banyak pihak daripada NGO sehingga ahli-ahli DAP tertanya-tanya mengapa Karpal bersikap sedemikian.
Sehingga kini beliau belum menarik balik kenyataan itu. Timbul pertanyaan apakah Karpal tetap berpegang kepada dakwaannya itu?
- AWANG SELAMAT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan