24 Februari 2013

Mursyidul Am TIBAI kutuk kenyataan MB Kelantan

KUALA LUMPUR 21 Feb. - Kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyamakan penerima pelbagai bantuan kerajaan sebagai haiwan merupakan satu penghinaan kepada rakyat golongan berpendapatan rendah serta menolak konsep sedekah dan zakat dalam Islam.
Sehubungan itu, Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan itu yang menyamakan taraf manusia dengan haiwan sambil menyifatkan Nik Abdul Aziz sudah ‘salah makan ubat’.
Katanya, semasa kerajaan mengumumkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang pertama dahulu, Menteri Besar Kelantan itu sendiri menggalakkan ahli Pas untuk mengambil bantuan itu dan meminta duit itu disedekah kepada tabung parti, tetapi sekarang menghina pula penerimanya.
“Kalau benar pemberian itu salah di sisi agama, bagaimana pula konsep sedekah dan penerima zakat. Adakah itu juga salah dan layak digelar sebagai haiwan.
“Rakyat tidak akan menerima penghinaan sebegini dan jangan sesekali salahkan kerajaan atau Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) jika Pas kalah teruk dalam pilihan raya nanti kerana pengundi tidak perlu pemimpin ‘salah makan ubat’ seperti itu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tiada ulasan: