
NAJIB Tun Razak bersalaman dengan
anak-anak belia India ketika menghadiri Majlis Perasmian Program
Mengubah Destini Anak India Malaysia di Politeknik Port Dickson, hari
ini. - UTUSAN/MD. SHAHJEHAN MAAMIN
*****
Perdana Menteri Datuk, Seri Najib Tun Razak berkata, justeru apa sahaja yang menjadi penghalang kepada prinsip ini mesti diubah dan diruntuhkan supaya keadilan sosial menjadi kenyataan dan realiti bersesuaian dengan satu daripada tonggak dalam gagasan 1Malaysia.
Katanya, bersesuaian dengan prinsip itu, maka model pembangunan negara ini bukanlah model apabila kuasa pasaran menentukan segala-galanya.
"Bukan juga model sosialis di mana kita tidak ambil kira soal meritokrasi, soal daya saing. Apa yang perlu kita lakukan ialah supaya prinsip mengiktiraf kecemerlangan dan kebolehan disokong dengan program-program yang boleh menentukan keadilan sosial tanpa menjejaskan prinsip mengiktiraf kebolehan dan kecemerlangan," katanya.
Perdana Menteri berkata demikian semasa berucap melancarkan program Mengubah Destini Anak India Malaysia (MDAIM) 2013, di Politeknik Port Dickson di sini hari ini. - BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan