
NAJIB Razak berbual sesuatu dengan
Pengerusi Petronas, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan (kiri) dan Ketua Pegawai
Eksekutif Petronas, Tan Sri Shamsul Azhar Abbas (tengah) ketiba tiba
untuk menghadiri majlis perjumpaan bersama warga Petronas di Kuala
Lumpur Convention Centre (KLCC) di sini hari ini. - UTUSAN
*****
Beliau berkata sektor minyak dan gas memerlukan perbelanjaan modal yang besar, dan jika pihak pembangkang Pakatan Rakyat menaikkan royalti kepada 20 peratus, ia akan menjejaskan kemampuan Petronas untuk melabur dan membuat pelaburan semula.
"Bukan hanya Perbendaharaan akan terjejas, tetapi kemampuan Petronas untuk melabur dan membuat pelaburan semula, dalam meneroka untuk minyak di perairan dalam untuk mencari rizab minyak baharu, sementara mengekalkan yang sedia ada, akan berada dalam keadaan bahaya. Anda patut lebih tahu tentang ini daripada saya.
"Ini adalah satu fakta yang Tan Sri Shamsul (Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Tan Sri Shamsul Azhar Abbas) selalu tekankan kepada saya.
Tolong pastikan Petronas mempunyai sumber yang mencukupi untuk pelaburan semula," katanya kepada kakitangan Petronas pada satu pertemuan di sini hari ini.
Beliau menambah bahawa Petronas tidak akan menjadi organisasi yang berjaya seperti sekarang tanpa rizab yang kukuh dan kemampuan untuk melabur.
Najib juga berkata jika cadangan pengurangan harga petrol, diesel dan gas yang dilaungkan oleh pembangkang dilaksanakan, subsidi tahunan untuk bahan api mungkin meningkat kepada RM30 bilion daripada RM22 bilion setiap tahun sekarang.
Jika ini terjadi, sumber Petronas untuk pelaburan produktif akan sebaliknya disalurkan kepada penggunaan persendirian.
"Dan ini akan membawa kepada bencana ekonomi," tambah beliau.
Perdana Menteri berkata Petronas telah berkembang daripada satu modal perintis RM10 juta pada 1974, kepada satu sumbangan kumulatif berjumlah RM733 bilion setakat 31 Disember 2012.
"Ini sama dengan jumlah pulangan pelaburan sebanyak 80,000 kali ganda. Saya rasa tiada pelaburan lain yang akan memberikan pulangan sebegini," tambahnya. - BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan