
Hamza Taib menunjukkan gambar
Muhammad Ridzwan Sulaiman yang dicari bagi membantu Operasi Daulat pada
sidang akhbar di Lahad Datu, semalam.
*****
Walau bagaimanapun, katanya, beliau ada menyalurkan dana kepada masyarakat Islam di Sulu, Filipina.
Katanya, dana itu sebagai kerja-kerja kebajikan pertubuhannya bagi membantu masyarakat Islam di sana yang hidup dalam keadaan daif.
"Dana yang disalurkan adalah perkara biasa yang kami lakukan untuk membantu negara Islam dan masyarakat Islam di sana. Tiada kaitan dengan pengganas Kiram," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini malam ini.
Polis hari ini melaporkan Muhammad Ridzwan merupakan individu dikehendaki kerana dipercayai merupakan penyalur dana kepada kumpulan pengganas Kiram yang menceroboh Sabah.
Menurut Muhammad Ridzwan, beliau akan membuat laporan di balai polis sebelum ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini, bagi memberi keterangan berhubung perkara tersebut.
"Saya akan memberi kerjasama dengan polis. Saya baru tahu perkara ini kerana tadi pun ada seorang wartawan telefon saya.
"Saya agak sibuk kebelakangan ini kerana sedang dalam persiapan untuk bertanding sebagai calon bebas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perai. Sekarang saya dalam perjalanan ke Kuala Lumpur," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan