
DR. Juanda Jaya (dua kiri) ceria
bersama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Presiden
Jati, Datuk Dr. Hassan Ali (kiri) dan calon Barisan Nasional (BN)
Parlimen Bandar Tun Razak, Tan Kok Eng (kanan) ketika menghadiri kempen
BN di Flat Sri Melaka, Kuala Lumpur, malam tadi. - UTUSAN/RUSHDI SALLEH
*****
Katanya, BN secara konsisten memperjuangkan Islam termasuk perundangan syariah di negara ini.
Tegas beliau lagi, Pas walaupun mengaku memperjuangkan Islam tetapi tidak mempunyai rekod kejayaan untuk dibuktikan.
Sebaliknya, ujar beliau, kerajaan BN yang selalu dimomokkan sebagai tidak tahu agama oleh pemimpin Pas, telah mengangkat martabat Islam.
"Pada saya undi adalah rahsia. Tapi saya dari dahulu mengundi BN kerana parti inilah yang sebenarnya memperjuangkan Islam.
"Puak sana yang kata nak buat hudud tapi sampai sekarang belum. Rotan apa yang akan digunakan untuk laksana hudud pun belum diputuskan," katanya sinis dalam satu majlis di Flat Sri Melaka di Bandar Tun Razak di sini malam tadi. - UTUSAN ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan