23 April 2013

PRU-13: Tinjauan mesra PM di Selayang disambut meriah

NAJIB Razak menandatangani buku lawatan Bilik Gerakan Barisan Nasional (BN) sambil diperhatikan oleh calon BN DUN Taman Templer, Datuk Seri Subahan Kamal (kanan) di Bandar Baru Selayang hari ini. - UTUSAN
PERDANA Menteri bersalaman dengan orang ramai yang menyambut kedatangan beliau semasa melakukan tinjauan mesra bersama calon-calon Barisan Nasional di Bandar Baru Selayang, hari ini. - UTUSAN
*****
KUALA LUMPUR 22 April - Tinjauan mesra Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Bandar Baru Selayang pagi ini disambut meriah oleh kira-kira 1,000 penduduk setempat.
Najib bersama rombongannya tiba dengan sebuah bas pada pukul 10 pagi.
Beliau kemudian turun berjalan kaki bersama orang ramai meninjau kawasan terbabit serta masuk ke bank dan premis-premis perniagaan.
Di akhir lawatan kira-kira 40 minit itu, Perdana Menteri sempat menjamu selera di Restoran Rumpun Selera dengan orang ramai sebelum bergerak ke Taman Greenwood, Gombak. - UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan: