22 April 2013

PRU13: PKR tarik diri di tiga DUN Terengganu

KUALA TERENGGANU: Parti Keadilan Rakyat Terengganu mengumumkan menarik diri daripada tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bertindih dengan calon PAS.

PAS dan PKR Terengganu bertindih di Seberang Takir, Bukit besi dan Kota Putera.
Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail, berkata parti itu akan memberitahu semua ahli di kawasan berkenaan supaya mengundi PAS.

Bagaimanapun, beliau berkata terpulang kepada ahli untuk mengundi kerana nama calon PKR akan tetap tertera dalam kertas undi.

http://o.bharian.com.my/bharian/articles/PRU13_PKRtarikdiriditigaDUNTerengganu/Article/ | hwa - 22/4/13

Tiada ulasan: