SEBAGAI pembayar cukai, Awang mendesak pihak polis bertindak tegas terhadap pihak-pihak yang cuba mengganggu-gugat keselamatan dan keharmonian negara ini.
Sebagai warganegara yang baharu sahaja melalui proses demokrasi negara, kita semua sepatutnya akur dengan keputusan itu dan bukan mewujudkan huru-hara.
Awang cukup hairan dengan sikap Anwar Ibrahim yang tidak henti-henti membuat segala macam provokasi kepada pihak berkuasa dan juga rakyat Malaysia.
Beliau menang di Permatang Pauh adalah melalui proses pengundian yang adil. Jika tidak adil, sebagaimana yang beliau dakwa itu, sudah tentu siang-siang lagi beliau telah kalah di kawasan Parlimennya.
Sungguh malang, Anwar menang di kawasannya. Sepatutnya di negara lain, riwayat hidup politik orang seperti Anwar sudah lama ditamatkan melalui proses pertukaran rejim. Tapi ia tidak berlaku di Malaysia.
Di negara lain, pelbagai taktik kotor akan dilakukan untuk menjatuhkan orang seperti Anwar ini. Tetapi ia tidak berlaku di sini.
Tetapi sebaliknya, pelbagai cara kotor dilakukan oleh pihak pembangkang untuk menewaskan pihak kerajaan. Semua orang yang waras tahu itu.
Pelbagai fitnah dan khabar-khabar angin jahat ditiupkan oleh jentera gerak saraf media baharunya, sehingga orang ramai, terutamanya pengundi muda termakan dengan dakwaan itu.
Adalah amat malang, keputusan pilihan raya yang dibuat oleh rakyat negara ini sebahagiannya adalah berpandukan kepada dakyah palsu semata-mata.
Sudahlah Anwar. Anda sudah kalah. Terimalah hakikat. Jangan susahkan rakyat.
Awang - Sudah bosan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan