
KHALID Abu Bakar (kiri) menerima
watikah pelantikan Ketua Polis Negara daripada Abdul Rahim Mohamad Radzi
di Bukit Aman, Kuala Lumpur, semalam.
*****
Watikah pelantikan kepada pangkat Inspektor Jeneral itu diserahkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi.
Menurut laman rasmi Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini, Abdul Rahim turut menyerahkan watikah pelantikan kepada Timbalan KPN, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin yang menyandang pangkat baharu sebagai Deputi Inspektor Jeneral.
"Sebaik sahaja majlis selesai, Khalid mempengerusikan mesyuarat bersama Pengarah-Pengarah Jabatan PDRM, Pesuruhjaya Polis Sabah dan Sarawak, Ketua-Ketua Polis Negeri serta Komander-Komander di Bilik Mesyuarat Utama Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam," kata kenyataan itu.
Khalid dilantik sebagai KPN yang Ke-10 bagi menggantikan Tan Sri Ismail Omar yang telah tamat kontrak semalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan