
MOHD. Yussof Latiff (kanan)
menyerahkan replika gambar Tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu kepada Ketua
Gapena 1, Abdul Latif Abu Bakar (kiri) sempena Mesyuarat Agung Gabungan
Persatuan Penulis Nasional (Gapena) kali ke-42 di Bayan Baru, Pulau
Pinang, semalam. - UTUSAN/ISMAIL KAMADIN
*****
Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang), Datuk Seri Mohd. Yussof Latiff berkata, punca utama yang menyebabkan menularnya virus berkenaan ialah kerana sikap tamak pemimpin tertentu yang mahu merebut kuasa.
Katanya, perpecahan ini menjadi amat ketara menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) kerana merebut kuasa dan ghairah mahu mencapai cita-cita masing-masing.
Bila tidak bersetuju tentang sesuatu perkara yang diputuskan parti, berlaku tindakan protes, keluar dan tubuhkan parti baharu. Semua ini hanya akan menyebabkan orang Melayu menjadi semakin lemah," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Agung Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) kali ke-42 di sini hari ini.
Mohd. Yussof yang juga Pengerusi Majlis Perundingan Muhibah Negeri Pulau Pinang (MPMNPP) berkata, perpecahan yang berlaku itu menyebabkan kuasa orang Melayu sebagai kaum majoriti di negara ini semakin mengecil dan hanya dipandang sebelah mata dalam negara sendiri.
Ketika ini ujarnya, orang Melayu berpecah kepada tiga kelompok utama disebabkan perbezaan fahaman politik dan ideologi yang diperjuangkan.
Ia boleh menyebabkan permusuhan yang serius jika keadaan ini berterusan dan tidak mustahil orang Melayu akan menjadi pengemis di negara sendiri," katanya.
Bagi mengatasi masalah yang kian meruncing ini, Mohd. Yussof menyarankan orang Melayu tanpa mengira fahaman politik supaya kembali menghayati dan menilai semula Tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu yang dibangkitkan pada 5 Ogos 1957.
Perkara itu penting bagi memastikan kesinambungan sejarah dan kesinambungan hidup masyarakat Melayu terus semarak.
Jika perlu, kita perlu membangunkan semula semangat Tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu yang memperjuangkan kepentingan dan keistimewaan Melayu, perlembagaan negara, bahasa Melayu dan agama Islam," katanya.
Mohd. Yussof berkata, sudah tiba masanya orang Melayu bersatu dalam satu wadah perjuangan bagi menjamin masa depan kaum berkenaan yang semakin hebat diasak.
Penyatuan yang mungkin berlaku itu kelak dapat menjamin masa depan orang-orang Melayu kerana ia mempertahankan dan menjunjung semangat Tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan