KUALA LUMPUR 31 Julai - Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah mengarahkan
DAP mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) melalui
sepucuk surat rasmi yang dihantar kepada parti itu petang semalam.
Perkara itu disahkan sendiri Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng
apabila beliau memberitahu, ROS dalam surat berkenaan menyatakan
pihaknya tidak berpuas hati dengan penjelasan DAP berhubung isu
penyelewengan undi CEC.
Bagaimanapun Guan Eng dalam reaksi segera terhadap arahan itu
menyifatkan tindakan ROS sebagai tidak adil kerana dakwanya, badan
tersebut tidak menyatakan dengan jelas mengapa pemilihan semula CEC
perlu dilakukan.
Kenyataan itu bertentangan dengan pendiriannya sebelum ini, iaitu
tidak akan tunduk kepada desakan pelbagai pihak, khususnya ahli DAP agar
pemilihan CEC diadakan semula selagi tidak mendapat surat rasmi
daripada ROS.
"ROS hanya menyatakan bahawa mereka tidak berpuas hati dengan
penjelasan DAP tanpa memberi alasan serta sebab mengapa (pemilihan CEC
perlu dibuat semula) sedangkan parti DAP telah memberikan kerjasama
penuh.
"Semua dokumen sokongan juga diberikan bagi membuktikan pemilihan
parti pada Disember lalu dijalankan dengan betul, mengikut undang-undang
dan demokrasi," dakwanya sebagaimana dipetik dari portal Free Malaysia Today hari ini.
Sebelum ini, ahli DAP berterusan mendesak parti itu mengadakan
pemilihan semula CEC bagi mengelakkan DAP dibatalkan berikutan dakwaan
berlaku penyelewengan dan manipulasi undi membabitkan 547 perwakilan.
Skandal penyelewengan tersebut kemudian didedahkan Father Augustus Chen dalam buku The Equity Report tetapi meskipun pendedahan tersebut menjejas kredibiliti DAP, tiada penafian dibuat pemimpin tertinggi parti itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan