
Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau akan berjumpa dan berunding dengan Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengenai perkara itu.
“Saya nyatakan biarlah saya dan PM berjumpa dan berunding atas perkara ini apabila sampai masanya...biarlah perkara ini dirundingkan kerana soal masa yang sesuai, dan kaedah sebagainya, kita tidak tentukan. Biarlah perkara ini dirundingkan dengan sebaik-baiknya,” katanya ketika diminta mengulas desakan beberapa pemimpin Umno supaya pelan peralihan kuasa parti dan kerajaan disegerakan.
Najib yang juga Timbalan Presiden Umno berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengetuai Jawatankuasa Pengurusan Umno dalam perjumpaan tertutup dengan pemimpin Umno Perak empat peringkat di ibu pejabat Umno Perak, di sini.
Najib mengakui bahawa perkara mengenai pimpinan parti dan kerajaan sudah dibangkitkan dalam perjumpaan berkenaan.
- Bernama, 14/04/08.
1 ulasan:
Elok sangatlah Pak Lah lepaskan jawatan segera kepada Najib. Ini suara terkini dari akar umbi yang berubi.
Catat Ulasan