25 Disember 2009

Guan Eng jangan cakap sedap mulut - Khalid

UTUSAN - 25/12/09
KUALA LUMPUR 24 Dis. - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mungkin diambil tindakan mengikut Akta Hasutan kerana mengeluarkan kenyataan kononnya Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock mati dibunuh.
Beliau didakwa mengeluarkan kenyataan tersebut pada persidangan Konvensyen Pakatan Rakyat, baru- baru ini.
Sehubungan itu, satu laporan telah dibuat oleh polis sendiri di sebuah balai polis di Selangor.
Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar (gambar) berkata, sesiapa pun termasuk Guan Eng tidak mempunyai hak untuk membincangkan mana-mana perkara yang masih dalam inkues.
"Saya nasihatkan Yang Berhormat supaya tidak bercakap sesedap mulut. Bila bercakap pasal bunuh, ia boleh menghasut orang mempercayai yang mangsa dibunuh walhal inkues masih dijalankan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sambutan Hari Ulang Tahun Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) yang ke-54 di Pangkalan PSP di sini hari ini.
Pada masa yang sama, Khalid meminta Setiausaha Agung DAP itu supaya tidak mengganggu perkara yang belum diputuskan.
Kata beliau, tindakan Guan Eng itu boleh diambil tindakan mengikut Akta Hasutan.
/...

1 ulasan:

demimaruah berkata...

Dah keturunan cakap ikut sedap mulut dari bapak dia, dia dan semua kaum kerabat lah. Dia ni kira nasib baik dok kat Malaysia, cuba cakap macam tu kat negara lain, dah lama dah takda kat dunia ni.