Bernama - 23/09/2010 11:34am
Kali ini, pada awalnya, Perdana Menteri akan menyertai para pemimpin ASEAN bertemu dengan Presiden Barack Obama pada sidang kemuncak kedua ASEAN-Amerika di hotel Waldorf-Astoria di sini dijadualkan esok.
Pertemuan dengan Presiden Amerika itu dijangka menjadi agenda utama walaupun para pemimpin 10 negara anggota ASEAN dijangka tiba, terutama, bagi menghadiri sesi ke-65 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA).
Selain memfokuskan terhadap pasaran di China dan India, pentadbiran Obama dilaporkan memberi perhatian utama kepada rantau ASEAN, ditarafkan sebagai pasaran eksport kelima terbesar oleh masyarakat perniagaan Amerika Syarikat.
Sebelum pertemuan itu, Perdana Menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor akan menghadiri satu majlis yang dihoskan oleh Obama dan Wanita Pertama Michelle Obama bagi para pemimpin ASEAN.
Kali terakhir Najib dan Obama bertemu di Washington ialah pada April lepas dalam pertemuan dua hala buat julung kali, yang kemudiannya disifatkan sebagai menandakan “satu permulaan baru dalam hubungan antara Malaysia dan Amerika Syarikat”.
/hwa: utusan.com.my/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan