23 September 2010

UMNO sejak dulu perjuang kepentingan rakyat Sabah

Bernama - 23/9/10

KOTA KINABALU 23 Sept. – UMNO, satu daripada tunjang Barisan Nasional (BN) di negeri ini, telah memperjuangkan kepentingan rakyat Sabah, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman.

Tanpa bimbang dengan tindakan sekumpulan bekas pemimpin dan penyokong Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) yang telah dibubarkan bagi menghidupkan semula USNO, yang dikenali sebagai “Usno 2006”, Musa, yang juga pengerusi badan perhubungan UMNO negeri, berkata, terpulang kepada kumpulan itu untuk melakukan apa yang mereka mahu.

USNO dibubarkan oleh pengasasnya, Allahyarham Tun Datu Mustapha Datu Harun, sebaik sahaja selepas pilihan raya umum 1990, bagi memberi laluan kepada kemasukan UMNO ke Sabah.

"Kami di Sabah ada UMNO untuk berkhidmat demi kepentingan rakyat... terpulang kepada mereka (untuk meneruskan usaha menghidupkan semula USNO),” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Integriti di Wisma Innoprise, di sini, hari ini.

Musa diminta mengulas kenyataan bekas Naib Presiden USNO dan pengasas bersama UMNO Sabah, Datuk Karim Ghani semalam bahawa berdasarkan hasil soal selidik di seluruh Sabah, majoriti bekas pemimpin Usno berasa mereka dipinggirkan.

/hwa: utusan.com.my/

Tiada ulasan: