HM - 23/9/10
Oleh Mary Victoria DassKatanya, dia mengenali lelaki terbabit yang digelar Pak Tua menerusi seorang kenalan rapatnya di Muar pada 2002.
“Hasil pertemuan itu, Pak Tua menawarkan kontrak kerja baik pulih pendingin hawa di pejabat Kerajaan Negeri Melaka kepada syarikat saya.
“Bagaimanapun, untuk mendapatkan kontrak itu, saya diminta membayar RM15,000. Memandangkan pulangan dijanjikan lumayan iaitu antara RM500,000 hingga RM1 juta, saya bersetuju membuat bayaran,” katanya.
Mohamad hanya menyedari helah Pak Tua apabila lelaki terbabit menghilangkan diri bersama keluarganya dari rumahnya di Johor tidak lama kemudian. Dia kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Muar pada 26 September 2002.
Pada masa sama, hasil maklumat diperoleh awal tahun lalu, Mohamad difahamkan kenalannya masih mempunyai hubungan dengan Pak Tua dan bercadang membuat laporan polis kedua jika wang itu gagal dikembalikan.
“Mungkin bimbang dengan amaran untuk membuat satu lagi laporan polis, saya menerima semula RM13,400 melalui dua pembayaran iaitu RM9,000 pada 5 Ogos 2009 diikuti RM4,400 12 hari kemudian. Baki RM1,600 pula gagal dikembalikan hingga kini.
“Saya berharap pihak berkuasa segera melakukan siasatan bagi memastikan kesahihan dakwaannya sebagai Bumiputera terkaya di dunia dan sebagainya,” katanya.
/hwa: hmetro.com.my/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan