19 September 2010

Usah layan LKY

MM - 19/9/10

SEKALI lagi pengasas Singapura bersuara mengkritik Malaysia. Kali ini beliau menuduh Malaysia tidak berlaku adil serta menyisihkan kaum lain. Awang sedikitpun tidak gundah. Tidak perlu pun untuk kita melayan. Setiap kali Kuan Yew mengkritik kita, ia hanya akan menaikkan kesedaran rakyat negara ini.

Setiap kali juga beliau bersuara, ia akan membuka lebih banyak pekung republik itu termasuk rakyatnya tidak menikmati kebebasan bersuara berbanding di Malaysia. Awang percaya akan tiba masanya, suasana regimental dan mentaliti kubu republik itu akan terburai apabila rakyatnya bangkit membawa ledakan demokrasi. Semoga Kuan Yew panjang umur untuk menikmati pengalaman baru itu nanti.

/hwa: utusan.com.my/

Tiada ulasan: