Oleh S Anand Kumar dan Zanariah Abd Mutalib
edisimingguan@bharian.com.my
Serah memorandum tak mahu pemimpin terbabit isu moral
PETALING JAYA: Sekumpulan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mendakwa dari Pulau Pinang dan Perak mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim segera bertaubat berikutan pelbagai pembongkaran isu moral beliau selain berundur daripada kepemimpinan parti itu.
Kira-kira 60 ahli berkumpul di hadapan Ibu Pejabat PKR di sini, semalam untuk menyerahkan memorandum bertajuk ‘Taubat kepada Anwar yang juga Penasihat PKR’.
Wakilnya, Nur Ilmi Ismail dari Cabang PKR Bayan Baru, Pulau Pinang, berkata PKR memerlukan seorang pemimpin yang dapat memberi sepenuh perhatian terhadap perjuangan parti bukan hanya sibuk mengendalikan masalah peribadi.
"Kami tidak mahu pemimpin yang menggunakan dan berselindung di sebalik parti untuk mengelak daripada tindakan undang-undang," katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Beliau berkata, jika Anwar enggan bertaubat selepas pelbagai pendedahan dibongkar sejak kebelakangan ini, beliau yang mendakwa mewakili sebahagian besar golongan muda mendesaknya meletak jawatan dengan segera.
Nur Ilmi menyerahkan memorandum itu kepada petugas Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Rauo Imran jam kira-kira 11 pagi ketika berlangsungnya proses penerimaan pencalonan pemilihan PKR 2010.
Ditanya apa yang dimaksudkan sebagai pendedahan demi pendedahan, Nur Ilmi berkata, ia ada kaitan isu moral seperti kes liwat yang sedang dihadapi Anwar.
"Bukan itu saja, minggu lalu dua individu tampil mendakwa dirinya dipaksa oleh peguam Anwar untuk menandatangani akuan bersumpah kononnya tuduhan liwat itu adalah satu konspirasi untuk menjatuhkan Anwar.
"Anwar harus tampil menjawab semua tuduhan itu kerana ia sudah mencemar imej PKR dan ramai terutama golongan muda kini sudah hilang keyakinan terhadap kepemimpinan Anwar.
“PKR juga semakin kucar-kacir dan amat berharap pemimpin itu akan berundur demi menyelamatkan parti," katanya.
Nur Ilmi berkata, pihaknya amat berharap petugas JPP yang menerima memorandum itu akan menyerahkan kepada Anwar.
“Kami mahu menyerahkan memorandum ini sendiri kepada Anwar tetapi malangnya beliau tidak berada di Ibu Pejabat PKR ketika kami semua tiba di sini,” katanya.
/hwa: bharian.com.my/

Tiada ulasan:
Catat Ulasan