Bernama - 17/10/2010 4:18pm
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, isu itu perlu ditekankan semasa mereka membahas tiga usul yang akan dibentangkan pada perhimpunan UMNO iaitu semasa membahas ucapan dasar Presiden, usul ekonomi serta usul pendidikan dan agama.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah melancarkan pelan hala tuju transformasi kerajaan pada Januari tahun ini bagi menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat selaras dengan dasar pentadbiran beliau iaitu "1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".
Pelan Hala Tuju Program Transformasi Kerajaan (GTP) itu merupakan langkah penting dalam perjalanan negara untuk mencapai aspirasi Wawasan 2020 bagi mencapai status negara maju menjelang tahun 2020.
Para pembahas juga digalakkan membahaskan mengenai intipati Bajet 2011 yang dibentangkan Najib di Parlimen, Jumaat lepas, katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
"Bagi saya apa yang boleh dijadikan sorotan oleh perwakilan ialah mengenai isu perpaduan dan masa depan orang Melayu dalam konteks negara yang berbilang kaum.
"Selain itu, boleh juga dibincangkan mengenai persiapan Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam kita nak berhadapan dengan pilihan raya kecil (Galas, Kelantan dan Batu Sapi, Sabah) dan Pilihan Raya Umum ke-13 nanti," katanya.
Mengulas saranan Perdana Menteri semalam bahawa perlunya satu model baru politik dilakukan, Ahmad berkata, ia juga merupakan isu yang menarik untuk dibincangkan dalam perhimpunan kali ini. - Bernama
/hwa: utusan.com.my/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan