Bernama - 17/10/10
Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, jentera parti di seluruh negara dipertanggungjawabkan untuk mendampingi rakyat dari pelbagai kaum termasuk negeri Selangor yang ditadbir Parti Keadilan Rakyat (PKR).
"Ampang contohnya, walaupun kawasan pembangkang, kita dengan ikhlas turun memberi bantuan dan bertanyakan isu yang memerlukan penyelesaian.
"Daripada maklum balas yang diterima ramai penduduk memerlukan bantuan kebajikan dan kita akan membantu dengan sentuhan kasih sayang melakukan kerja-kerja kebajikan yang konsisten," katanya kepada pemberita selepas Karnival Skuad Sayang Wanita UMNO di Taman Dato' Ahmad Razali, Ampang dekat sini, hari ini.
Shahrizat yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, Skuad Sayang yang ditubuhkan pada 13 Okt tahun lepas dapat meringankan beban rakyat selain mendapat sambutan positif dan berkembang ke seluruh negara.
"Ini saya tengok menjadi satu penyakit di seluruh negara di mana kawasan pembangkang setelah habis tsunami (politik), telah diabaikan, nasib baik ada kerajaan dan pemimpin BN yang dapat memberi bantuan," katanya.
/hwa: utusan.com.my/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan