UM - 13/2/11
|
|
Husni Salleh, 43, memulakan kariernya sebagai Penganalisis Pelaburan di Bank Bumiputra setelah selesai pengajian di Amerika Syarikat pada tahun 80-an.
Minat menulis mengenai pelaburan yang ketika itu begitu asing di Malaysia telah menyebabkan beliau ditawarkan menyertai beberapa syarikat pelaburan antarabangsa yang berpangkalan di Malaysia sehinggalah jawatan terakhirnya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Venture Capital Management Bhd. (MAVCAP) .
Dalam wawancara selama lebih sejam dengan Wartawan Mingguan Malaysia, Fauzi Jaafar dan Hafizahril Hamid, beliau memberitahu, dengan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju), kini sudah tiba masanya membalas jasa kerajaan untuk membantu bumiputera di negara ini.
Bercita-cita tinggi, Husni percaya stigma kaum Melayu yang hanya memerlukan bantuan atau tongkat untuk berjaya banyak didorong oleh faktor sejarah serta sikap dan percaya kaum itu sebenarnya boleh maju dan cemerlang jika kena pada caranya. Faktor penjajahan Inggeris yang menyebabkan orang Melayu hanya diberi peranan sebagai petani dan pekerja kerajaan semata-mata menyebabkan ia mengambil masa yang lama untuk mentranformasikan orang Melayu kepada dunia perniagaan yang didominasi kaum Cina.
Dan misi beliau kini bukanlah untuk merebut kek ekonomi kaum lain, tetapi mahu memastikan jurang ekonomi yang besar itu dirapatkan sebelum mencapai Wawasan 2020.
MINGGUAN: Bila anda berkuatkuasa memimpin Teraju?
Husni: Pelantikan saya efektif pada 1 Januari lepas. Tetapi sebenarnya ia lebih awal dari yang diumumkan. Tarikh surat pada 20 hari bulan dan telah diberitahu pelantikan pada hujung bulan Disember dan diminta memulakan secepat mungkin. Sebelum itu saya dipanggil oleh pihak Unit Perancangan Ekonomi (EPU), dan berjumpa serta bermesyuarat dengan Perdana Menteri. Saya diberitahu untuk bermula seberapa segera serta diminta merancang dan mencari ahli-
ahli menganggotai Teraju. Ia telah dibincangkan dalam Majlis Tindakan Agenda Bumiputra (MTAB) semasa mesyuaratnya yang pertama pada bulan Oktober lepas.
Teraju di bawah MTAB dan di atas sekali ialah Perdana Menteri. Ia ditubuhkan berfungsi sama seperti Pemandu, tetapi ia lebih kepada agenda bumiputera.
Adakah penubuhan Teraju akibat dari gesaan beberapa NGO sebelum ini?
Husni: Itu saya tidak tahu, saya hanya diminta untuk menguruskan unit ini dan saya tahu ia untuk agenda bumiputera dan apa yang perlu dilakukan untuk maju ke depan. Perdana Menteri akan bertindak sebagai Pengerusi dalam MTAB, dan di bawah MTAB ialah Teraju.
Tanpa menteri penuh dalam Teraju, ia kelihatan banyak lapisan dan yang menjadi kebimbangan kalau ada red tape dalam membantu bumiputra?
/hwa: utusan.com.my/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan