9 Februari 2011

Takut Diri Terlondeh : Nik Aziz “Kluk-Klek” Cabaran Berdebat

MediaUmn0 - 9/2/11



KUALA LUMPUR 8 Feb – Sikap serta tindak-tanduk “kluk-klek” Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung isu debat sememangnya sudah dijangka kerana Menteri Besar Kelantan itu khuatir segala kenyataan yang mengelirukan umat Islam sebelum ini terdedah.

Rakan lama beliau yang kini bertugas sebagai salah seorang guru pondok di Kelantan, Ustaz Hj Zainal Abidin Awang berkata Nik Aziz akan mencari pelbagai helah dan alasan dalam usaha menggagalkan muzakarah atau pun debat yang kini menjadi perhatian umum.

Justeru beliau percaya hasrat umat Islam untuk melihat kebenaran yang akan timbul tidak akan berjaya dan Nik Aziz akan terus bermaharajalela mengelirukan umat Islam dengan pelbagai kenyataan karut-marut demi kepentingan diri dan politik kepartian Pas yang semakin hanyut dengan mimpi menawan Putrajaya.

“Panggillah apa nama sekali pun termasuk muzakkarah, debat, perbincangan meja bulat atau lain-lain nama yang sedap, saya percaya dan yakin Nik Aziz tidak akan berani untuk tampil ke depan.

“Jika beliau seorang yang berani dan benar-benar seorang pemimpin yang berjuang atas landasan Islam, sudah pasti cabaran bekas AJK Dewan Ulama Pas Pusat, Prof Madya Mohd Noor Deris akan disahut dan terus menjadi realiti.

“Ini tidak…lain pula putar belitnya…Kata sedia berdebat dengan sesiapa sahaja tetapi bila disahut, keluar pula pelbagai syarat termasuk memperlekehkan pihak lain. Apa jenis ulama ni…Sanggup merendahkan orang lain dan letakkan diri sendiri di tahap yang begitu tinggi,” katanya.

Ustaz Zainal seterusnya menambah, Nik Aziz menggunakan Islam hanyalah semata-mata untuk menghukum orang lain, namun hukum-hakam berkenaan tidak termasuk untuk dirinya serta parti Pas itu sendiri.

“Islam seolah-olah hanya untuk Pas dan Pas itu seolah-olah Islam. Apakah hukumnya bagi Pas hari ini yang bekerjasama dengan DAP. Bukankah UMNO dituduh dengan pelbagai tuduhan setelah bekerjasama dengan MCA serta MIC pada satu ketika dahulu.

“Begitu juga dengan kenyataan beliau sebelum ini yang menyebut bahawa undi selain daripada Pas tergolong di dalam golongan jahiliyyah. Begitu juga dalam bab undi Pas masuk syurga dan sebagainya lagi. Cukup-cukuplah Nik Aziz. Ingatlah pembalasan Allah,”katanya.

Semalam, Nik Aziz dilaporkan meletakkan syarat supaya debat antaranya dengan Majlis Fatwa Kebangsaan atau pihak berkuasa perlu dilakukan secara terbuka

Dan sebelum ini, Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran UMNO Kelantan, Prof. Madya Mohd. Noor Deris mencabar Nik Abdul Aziz untuk berdebat bagi mencari kebenaran.

Nik Abdul Aziz bagaimanapun menegaskan, debat itu akan hanya dilakukan dengan mereka yang mempunyai kuasa sahaja dan bukan dengan Mohd. Noor seperti mana yang dilaporkan oleh sebuah akhbar semalam.

“Debat dengan Mohd. Noor mengarut, saya hanya debat dengan yang berkuasa sahaja, kalau yang duduk di universiti tidak payah, Mohd. Noor tidak ada dalam senarai. Kaedah debat ini adalah letak al-Quran dan hadis di depan supaya dapat mencari kebenaran,” katanya. -MediaUMNO.

/hwa: umno-online.com/

Tiada ulasan: