ADUN Kerdau ikrar beri khidmat terbaik secara adil
TEMERLOH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerdau yang baru, Syed Ibrahim Syed Ahmad, berazam untuk menangani isu kebajikan pengundi di DUN berkenaan bagi memenuhi janjinya dalam kempen pilihan raya lalu.
Beliau yang bersyukur dengan kemenangan itu berkata, isu berkenaan adalah masalah sering dikemukakan pengundi ketika menemui mereka sepanjang kempen berkenaan.
“Perkara lain yang saya akan beri tumpuan ialah masalah harian mereka, sekali gus dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada semua kaum secara adil dan saksama,” katanya pada sidang media di Dewan Tun Razak, di sini, malam tadi.
Syed Ibrahim turut bersyukur kepada Allah serta mengucapkan terima kasih kepada pucuk pimpinan terutama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan semua petugas Barisan Nasional (BN) yang membantunya.
Beliau berkata, undi yang diterimanya itu menunjukkan rakyat selesa dengan kerajaan BN yang memberi fokus kepada usaha membela rakyat.
“Saya terharu dengan kemenangan ini, malah ia kejayaan semua petugas BN yang tidak mengenal penat dan meyakinkan pengundi mengenai sumbangan dan pembangunan yang dilaksanakan BN.
“Bermula esok (hari ini) saya akan bertemu dengan semua pengundi untuk mengucapkan terima kasih seterusnya berusaha membela nasib mereka,” katanya.
Syed Ibrahim yang juga bekas Pegawai Khas Agama kepada Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Kuala Krau sebelum melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh dan di Kuliah Sultan Abu Bakar, Pekan.
Beliau seterusnya melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah di Fakulti Bahasa Arab di Universiti Al-Azhar, Mesir dari 1989 hingga 1996.

/hwa: bharian.com.my | bh - 7/3/11
Tiada ulasan:
Catat Ulasan