7 Mac 2011

Roslan Ahmad angkat sumpah ADUN Merlimau

MELAKA 7 Mac - Roslan Ahmad hari ini mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan (ADUN) kawasan Merlimau.

Beliau mengangkat sumpah di hadapan Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, Datuk Wira Othman Muhammad.

Majlis tersebut diadakan di dalam Dewan Undangan Negeri selepas Yang Dipertua Negeri Tun Mohd Khalil Yaakob merasmikan persidangan penggal keempat DUN Melaka kali ke-12.

Turut menyasikan acara itu ialah Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

/hwa: utusan.com.my | bernama - 7/3/11

Tiada ulasan: