
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, sembilan projek terbaru itu bakal menarik pelaburan berjumlah RM2.26 bilion serta menjana RM11.71 bilion bagi Pendapatan Negara Kasar (GNI) menjelang 2020.
“Projek-projek itu merangkumi beberapa bidang pelaburan di bawah Aktiviti Ekonomi Utama Nasional (NKEA) iaitu pelancongan, perubatan, pertanian, kelapa sawit dan getah, elektrikal dan elektronik serta minyak, gas dan tenaga,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengumumkan perkembangan terkini fasa keempat projek ETP di Suruhanjaya Sekuriti di sini hari ini.
Turut hadir, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU), Datuk Seri Idris Jala.
Najib berkata, secara keseluruhan, kesemua 23 projek ETP yang diumumkan itu dijangka menjana pelaburan RM14.75 bilion, menyumbang sebanyak RM20.1 bilion kepada GNI serta mencipta 88,354 pekerjaan tambahan.
Katanya, antara projek itu adalah meningkatkan kemudahan pelancongan di Pulau Pangkor, memajukan sistem pengairan, meningkatkan pengeluaran padi dan menambahkan pendapatan petani, penanaman beras wangi dan projek-projek penjagaan kesihatan.
Projek lain termasuk nilai tambah huluan produk kelapa sawit serta kawasan tenaga diperbaharui di Nilai, termasuk kemudahan tenaga solar dan biogas.
“Projek-projek ini merupakan bukti yang ETP kekal pada tahap yang tinggi.
“Apa yang lebih penting ia mempunyai kesan pemangkin ketara terharap ekonomi sebagaimana yang dilihat daripada komitmen pelaburan daripada EPP dan projek-projek asas selain kenaikan yang dijangka dalam pendapatan sebenar,” katanya.
/hwa: www.utusan.com.my | um - 9/3/11
Tiada ulasan:
Catat Ulasan