KUALA LUMPUR 24 Mac - Senator Datuk S. Nalakaruppan tidak akan
berganjak daripada kenyataannya baru-baru ini yang mendakwa Datuk Seri
Anwar Ibrahim tidak layak sebagai pemimpin dan tidak gusar dengan notis
menarik balik kenyataan yang disampaikan oleh peguam Anwar kepadanya.
Malahan, Nalakaruppan mencabar ketua pembangkang dan penasihat Parti
Keadilan Rakyat (PKR) itu supaya menyegerakan tindakan undang-undang ke
atasnya.
Bercakap dalam sidang akhbar di sini hari ini, Nalakaruppan berkata
peguam Anwar telah menghantar notis tuduhan fitnah dan berniat jahat
terhadap ketua pembangkang itu pada Khamis lepas yang memberinya tempoh
48 jam untuk menarik balik kenyataan itu.
"Saya telah menerima notis itu dan saya tidak akan menjawab suratnya
itu.Saya akan terus bercakap mengenai beliau sehingga beliau mendakwa
saya di mahkamah," katanya.
Senator Mohamad Ezam Md Noor yang hadir dalam sidang akhbar itu
berkata, tindakan Anwar menghantar notis itu menunjukkan bahawa beliau
takut dengan pendedahan yang dibuat oleh bekas rakan baiknya itu. -
BERNAMA.
/hwa: utusan.com.my | 24/3/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan